Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum
7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri
31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti
35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
Friday, December 9, 2011
Wednesday, November 23, 2011
am i? i think YES.
semakin hari semakin rasa bersalh ada dlm hati, rasa aku tak berguna, rasa macam nak jumpa semua. korang, aku dah sombong bukan? memang semua dlm dunia ni Allah cipta tak sempurna, tapi aku terlalu tidak berguna sampaikan pinggirkan korang T-T aku nk macam dulu, nak bahagia mcm dulu. mungkin ni satu pengajaran buat aku, mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku, tapi aku pinggirkan korang jauh. sempat lg ke aku nak keja korang balik? i'm happy with you guys, but i leave you all alone, i'm sorry.
we're happy! BUT not now T-T
i want to be happy, but sometimes i must be sad. kadang-kadang kalau kita ada masalh kita selalu fikir ' bergunakah aku dlm dunia ni ?' tapi sudah menjadi lumrah manusiakan? ada masalah, baru nk fikir mcm ni, ada masalah, baru nak maki-maki, ada masalah, nak bunuh diri, nak bunuh org pon ada ni. *sabar mizah. pe nak jd ngan kau ni? buang tebiat? but i'm missing something in my life, yes i have my beloved family, yes i have myself, yes i have everything. but it can't be perfect if in my life doesn't have a FRIENDS =]
aku tak kesah kalau hilang harta benda, but i don't wanted to lose my friends, family and myself in this world. itulah mizah, kalau dah dpt apa yg kau nak, cuba-cubalah bersyukur, bila dah hilang semua baru nak cari jalan yg betul. itu tak betul mizah. sampai bila kau nak jd org yg tak bersyukur? if you think this is perfect for yourself mizah, you are stupid girl in this while world. dunia tak lama, begitu juga ada kawan, tapi satu je selamanya dlm dunia ni. family and yourself. kau jaga diri kau dulu baru kau boleh jg yg lain. kalau diri kau pon tak betul yg lain pon akan jd tak betul juga. fikir elok-elok mizah.
banyakkan baca Al-Quran, selawat, solat tu jngn tinggal. solatkan tiang agama. try to change mizah. penuhkan hidup kau dngn benda-benda yg bermanfaatkan hidup kau, dan boleh buat kau masuk syurga insyaAllah =] be nice mizah.
always smile
always smile
Di dlm Al-Quran ada menyebut tentang senyuman, yakni Nabi Ibrahim yang diberikan kelebihan mendengar dan memahami percakapan haiwan, yg tersenyum setelah mendengar dialog antara semut-semut,
Firman Allah:
"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh."
Jadilah hamba yg tersenyum, jadilah hamba yg bersyukur.
Sekian utk hari ni.
Monday, November 21, 2011
waallahua'lam
Bissmillahhirrahmanirrohimm,
Cintaku hanya kupersembahkan untuk ,
Yang menciptakanku,
Memberiku Jiwa,
Memberiku udara agar aku tetap hidup di muka bumi ni,
Memberiku segalanya, selayaknya manusia,
Yang menciptakanku,
Memberiku Jiwa,
Memberiku udara agar aku tetap hidup di muka bumi ni,
Memberiku segalanya, selayaknya manusia,
Cintaku hanya untuk SANG KHALIQ.
ALLAH AZZA WA JALLA ...
Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.
hamba yg lemah
Masih mmpu melawan nafsu yg sering mgajak kearah maksiat?
Ya Allah, andainya aku lemah dlm mempertahankan agamaMu, selimutilah aku dngn sutera cintaMu, agar aku sentiasa rindu padaMu. peluklah aku dgn pelukan rahmatMu agar aku sentiasa dalam ksih sayangMu.izinknlah aku mneguk barakah dariMu agar aku tak pernah haus kepada cinta len selain daripda Pemilik CintaNya!
Assalamualaikum, salam tulus dari hamba yang selalu khilaf dalam perlakuannya. selalu khilaf dalam budi bicaranya. selalu khilaf dalam mencari redhaNya. Sekadar luahan dari hati yang menangis T-T
Renunglah wahai diri,
Muhasabah apa yang sudah terjadi,
Jangan kau pernah sesali,
Dengan apa yang berlaku hari ni,
Tuhan ingin sekali menguji,
Keimanan dan ketaqwaanmu dalam hati.
Renunglah wahai hati,
Tatkala jiwamu semakin sepi,
Dengan apa yang kau akan isi,
Adakah dengan molekul cinta insani,
Atau dengan redha illahi?
Renunglah wahai nafsu,
Tarbiahkan pada agama yang tertinggi,
Agar dapat menuju ke syurga akhirat nanti,
Dengan kebanggaan yang abadi.
Baik kita mencuba yang terbaik, aku akan cuba yang termampu untuk menjadi hambaMu yang taat untuk menjadikan aku yang solehah dan anak murid yang dikasihi oleh gurunya. aku merinduimu ya Rabbi, Jagalah hatiku kerna Kau pelindung fitnahku. Aku serahkan jiwaku hanya padaMu.
Monday, August 29, 2011
Raya ! yeay yeay !
Di dunia tidak ada hari raya. Di sini tidak ada hari ria. Juga tidak ada hari gembira. Tidak ada hari merdeka. Yang ada hanya melahirkan syukur. Menyatakan segala nikmat Allah. Hari mengagih-agihkan nikmat. Agar semua manusia merasa. Hari raya diakhirat saja. Hari ria hanya di sana. Hari gembira di sana jua. Hari merdeka di sana semuanya. Setelah kita masuk kesyurga. Di syurga sana ada erti hari raya. Juga hari ria gembira merdeka. Begitulah hakikat hari raya.
Benarkah hari raya itu hari yang besar dan utama? Kalau benar, di manakah letak kebesaran atau keutamaannya. Apakah hakikat hari raya yang sebenar sehingga ianya dianggap sebagai hari yang besar? Kalaulah benar hari raya itu hari yang besar, bagaimana patut kita menyambutnya. Apakah yang patut kita buat pada hari itu? Bagaimana patut kita mengisinya? Adakah pada setiap hari raya kita perlu tukar langsir, perabot dan permaidani? Adakah setiap sempena hari raya, kita perlu beli pakaian dan kasut baru?
Kita menjamu selera dengan bermacam-macam kuih-muih dan juadah yang enak dan lazat. Atau adakah di hari raya patut kita berseronok dan bersuka ria dengan majlis-majlis hiburan lengkap dengan muzik, nyanyian, joget dan tari-menarinya. Kita adakan atau kita tonton pertunjukan atau show hiburan hari raya. Atau kita bermain mercun, bunga api dan meriam buluh. Atau adakah cukup hari raya itu disambut hanya dengan bersembahyang hari raya, mengirim kad-kad hari raya, berziarah, menjamu selera dan bermaaf-maafan.
Bagi orang Melayu, eid fitr dinamakan hari raya puasa. Perkiraan dan kira bicara dalam hal ini sangat mudah. Ia dinamakan hari puasa kerana ia disambut selepas bulan puasa. Senang dan mudah. Ini sebenarnya mudah yang sudah terlebih. Sudah over. Cara mudah memberi nama ini tidak memberi gambaran atau maksud yang sebenar. Maksudnya tersimpang dan lari dari apa yang dikehendaki oleh agama dan syariat. Ia menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Lama-kelamaan orang Melayu terutama yang tidak mengaji agama tidak tahu kenapa dan mengapa mereka menyambut hari raya. Mereka juga tidak tahu bagaimana hari raya patut disambut. Mereka kira hari raya itu ialah hari untuk berseronok, berpesta dan bersuka ria. Hari untuk berbelanja, membazir dan bermewah-mewah. Hari untuk melepaskan geram setelah sekian lama disekat dan dikongkong nafsu mereka. Mereka sedih kalau tidak dapat baju raya dan kasut raya. Sedih kalau tidak dapat tukar langsir baru, perabot baru atau permaidani baru.
Bagi yang lebih tua, hari raya jadi hari nostalgia dan hari melayan perasaan. Ingat anak, ingat cucu yang tidak balik pada hari raya. Sambutan hari raya sudah tidak lagi menjadi suatu ibadat. Ia sudah bertukar menjadi adat dan istiadat. Dengan open-housenya, hari raya get-togethernya dan berbagai-bagai lagi cara sambutan pada masa ini. Para artis dan penghibur pula sibuk dengan show hari raya dan album hari rayanya.
Dalam Islam tidak ada hari raya dalam konteks yang difahami oleh orang Melayu. Tidak ada hari untuk tukar langsir, perabot dan permaidani. Tidak ada hari untuk membeli baju atau kasut baru. Tidak ada hari untuk membazir dan bermewah-mewah. Lebih-lebih lagi tidak ada hari untuk berhibur, berseronok, berpesta dan bersuka ria dengan muzik, nyanyian, joget, tari-menari, show, album dan sebagainya. Yang ada hanyalah hari untuk bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Tuhan.
Hari raya puasa dalam Islam ialah Eid Fitr. Eid itu maksudnya mengembalikan. Fitr itu fitrah. Jadi Eidil Fitri itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni. Dalam erti kata yang lain, eidil fitri bermaksud membersih dan menyucikan fitrah. Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan dunia. Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan dirosakkan. Fitrah manusia kian bertambah lemah dan tidak bermaya. Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, dikurniakanNya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula.
Kerana kalau fitrah sudah rosak dan kotor, manusia akan lupa Tuhan. Bila Tuhan sudah dilupakan, jiwa manusia akan mati. Jiwa manusia tidak boleh hidup tanpa Tuhan dan tanpa rasa bertuhan. Manusia yang telah mati jiwanya tidak boleh lagi berperanan sebagai insan. Keinsanannya sudah rosak. Nafsunya akan bermaharajalela. Dia akan terangsang hanya dengan dunia dan akan benci akhirat. Dia akan suka dengan apa yang Tuhan benci dan akan benci dengan apa yang Tuhan suka. Dia akan mengangkat nafsunya menjadi Tuhan. Akhirnya hidupnya di dunia menjadi punah ranah dan di akhirat nanti akan bakal dicampakkan ke dalam neraka.
Puasa itu mampu membersih dan menguatkan fitrah. Iaitu puasa yang ada lahir dan batinnya. Puasa yang ada rohnya. Bukan sahaja kita menahan diri dari makan dan minum dan bersedap-sedap dengan isteri di siang hari; mata kita, telinga kita dan lidah kita pun ditahan dari melihat, mendengar dan berkata perkara-perkara yang mungkar. Akal kita ditahan dari memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang haram dan jahat. Hati kita ditahan dari merasakan perkara-perkara yang ditegah seperti marah, hasad dengki, buruk sangka, berdendam dan sebagainya. Nafsu kita dikekang dan ditahan supaya dia tidak jahat, tidak rakus dan tidak terlalu gilakan dunia.
Di samping puasa, ada banyak lagi amalan-amalan lain di bulan Ramadhan untuk membantu membersihkan lagi fitrah kita. Ada solat terawihnya, ada membaca atau tadarrus Qurannya, ada zakat fitrahnya dan berbagai-bagai lagi amalan sunat yang sangat digalakkan di bulan Ramadhan seperti beriktikaf dan memberi makan orang yang berbuka puasa. Di sini kita dapat lihat bahawa fokus eidil fitri ialah pada amalan puasanya di bulan Ramadhan dan bukan kepada hari rayanya yang disambut pada 1 Syawal. Yang dibesarkan ialah latihan rohaniah secara berpuasa yang dilakukan dan bukan hari berbukanya, iaitu hari rayanya.
Selamat Hari Raya !! Moga Happy Always Noh <3
Sunday, August 28, 2011
Nur Faqhirah Haqiah Mohd Fazil
Sabaq noh Fira :) semua tuh dugaan ja utk diri kita :D aku pon ada rasa aku mcm hang . aku hanya mampu membuat dua S *sedih and sabar hahaha ! lwk sikit jee . sambong blek topik td :p , bnyk2 lah berdoa kat Allah S.W.T nah =) hanya Allah yg mengetahui semua isi hati hamba-NYA <3 don't forget Allah nah , remember and zikir kat DIA bnyk2 . ingt DIA setiap masa . tu jalah ubat utk kita Fira . kwn nih sebagai pendengar , penasihat dan musuh . ingt Fira tak semua kwn boleh dijd kan kawan dunia akhirat . pilih lah yg terbaik utk diri hang , yg boleh phm isi hati hang noh :) bkn senang nak cari yg TERbaik dan bukan juga susah ^_^ husnulzond ja nah dngn depa . kita bknnya tau apa2 yg depa wat kat belakang kita T^T
kawan adlah teman :)
syangilah mereka noh :D sabaq ja ..
kita sebagai manusia haruslah tumbuh kan sifat penyabar tuh dlm diri kita . jngn lah jd org yg terburu2 , panas baran dan mcm2 lah * sebenaqnya tak laqat nak tulis hahah ! poyo ja aku nih . sambong ... walaupon aku nih xde lah pandai sngt dlm menasihat org dlm ilmu agama nih , but i'll try :D tapi tuh lah semua org pelupa , buat kesalahan . kalau tak buat kesalahan tuh bkn org namanya . haha ! sabaq nah . sabaq ja lah yg mampu aku kata kat hang . hanya itu ja yg menyelesaikan masalah . tak yah pikiaq panjang , sabaq and tenang . kan senang ? mudah bukan ? tak susah mana pon . chillex noh . biar lah dia nk lupakan kita kah nak apa kah , tuh masalah dia bkn kita . aslkan jngn kita lupakan dia nah :) moga kita dpt kawan yg dunia akhirat yg baik ye <3
CHAN RAKH KHUN , CHAN KIDTENG KHUN , JNGN CEBCAI NOH <3 <3 <3
Subscribe to:
Posts (Atom)