Monday, August 29, 2011

Raya ! yeay yeay !




Di dunia tidak ada hari raya. Di sini tidak ada hari ria. Juga tidak ada hari gembira. Tidak ada hari merdeka. Yang ada hanya melahirkan syukur. Menyatakan segala nikmat Allah. Hari mengagih-agihkan nikmat. Agar semua manusia merasa. Hari raya diakhirat saja. Hari ria hanya di sana. Hari gembira di sana jua. Hari merdeka di sana semuanya. Setelah kita masuk kesyurga. Di syurga sana ada erti hari raya. Juga hari ria gembira merdeka. Begitulah hakikat hari raya.

Benarkah hari raya itu hari yang besar dan utama? Kalau benar, di manakah letak kebesaran atau keutamaannya. Apakah hakikat hari raya yang sebenar sehingga ianya dianggap sebagai hari yang besar? Kalaulah benar hari raya itu hari yang besar, bagaimana patut kita menyambutnya. Apakah yang patut kita buat pada hari itu? Bagaimana patut kita mengisinya? Adakah pada setiap hari raya kita perlu tukar langsir, perabot dan permaidani? Adakah setiap sempena hari raya, kita perlu beli pakaian dan kasut baru?

Kita menjamu selera dengan bermacam-macam kuih-muih dan juadah yang enak dan lazat. Atau adakah di hari raya patut kita berseronok dan bersuka ria dengan majlis-majlis hiburan lengkap dengan muzik, nyanyian, joget dan tari-menarinya. Kita adakan atau kita tonton pertunjukan atau show hiburan hari raya. Atau kita bermain mercun, bunga api dan meriam buluh. Atau adakah cukup hari raya itu disambut hanya dengan bersembahyang hari raya, mengirim kad-kad hari raya, berziarah, menjamu selera dan bermaaf-maafan.

Bagi orang Melayu, eid fitr dinamakan hari raya puasa. Perkiraan dan kira bicara dalam hal ini sangat mudah. Ia dinamakan hari puasa kerana ia disambut selepas bulan puasa. Senang dan mudah. Ini sebenarnya mudah yang sudah terlebih. Sudah over. Cara mudah memberi nama ini tidak memberi gambaran atau maksud yang sebenar. Maksudnya tersimpang dan lari dari apa yang dikehendaki oleh agama dan syariat. Ia menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Lama-kelamaan orang Melayu terutama yang tidak mengaji agama tidak tahu kenapa dan mengapa mereka menyambut hari raya. Mereka juga tidak tahu bagaimana hari raya patut disambut. Mereka kira hari raya itu ialah hari untuk berseronok, berpesta dan bersuka ria. Hari untuk berbelanja, membazir dan bermewah-mewah. Hari untuk melepaskan geram setelah sekian lama disekat dan dikongkong nafsu mereka. Mereka sedih kalau tidak dapat baju raya dan kasut raya. Sedih kalau tidak dapat tukar langsir baru, perabot baru atau permaidani baru.

Bagi yang lebih tua, hari raya jadi hari nostalgia dan hari melayan perasaan. Ingat anak, ingat cucu yang tidak balik pada hari raya. Sambutan hari raya sudah tidak lagi menjadi suatu ibadat. Ia sudah bertukar menjadi adat dan istiadat. Dengan open-housenya, hari raya get-togethernya dan berbagai-bagai lagi cara sambutan pada masa ini. Para artis dan penghibur pula sibuk dengan show hari raya dan album hari rayanya.

Dalam Islam tidak ada hari raya dalam konteks yang difahami oleh orang Melayu. Tidak ada hari untuk tukar langsir, perabot dan permaidani. Tidak ada hari untuk membeli baju atau kasut baru. Tidak ada hari untuk membazir dan bermewah-mewah. Lebih-lebih lagi tidak ada hari untuk berhibur, berseronok, berpesta dan bersuka ria dengan muzik, nyanyian, joget, tari-menari, show, album dan sebagainya. Yang ada hanyalah hari untuk bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Tuhan.
Hari raya puasa dalam Islam ialah Eid Fitr. Eid itu maksudnya mengembalikan. Fitr itu fitrah. Jadi Eidil Fitri itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni. Dalam erti kata yang lain, eidil fitri bermaksud membersih dan menyucikan fitrah. Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan dunia. Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan dirosakkan. Fitrah manusia kian bertambah lemah dan tidak bermaya. Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, dikurniakanNya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula.

Kerana kalau fitrah sudah rosak dan kotor, manusia akan lupa Tuhan. Bila Tuhan sudah dilupakan, jiwa manusia akan mati. Jiwa manusia tidak boleh hidup tanpa Tuhan dan tanpa rasa bertuhan. Manusia yang telah mati jiwanya tidak boleh lagi berperanan sebagai insan. Keinsanannya sudah rosak. Nafsunya akan bermaharajalela. Dia akan terangsang hanya dengan dunia dan akan benci akhirat. Dia akan suka dengan apa yang Tuhan benci dan akan benci dengan apa yang Tuhan suka. Dia akan mengangkat nafsunya menjadi Tuhan. Akhirnya hidupnya di dunia menjadi punah ranah dan di akhirat nanti akan bakal dicampakkan ke dalam neraka.

Puasa itu mampu membersih dan menguatkan fitrah. Iaitu puasa yang ada lahir dan batinnya. Puasa yang ada rohnya. Bukan sahaja kita menahan diri dari makan dan minum dan bersedap-sedap dengan isteri di siang hari; mata kita, telinga kita dan lidah kita pun ditahan dari melihat, mendengar dan berkata perkara-perkara yang mungkar. Akal kita ditahan dari memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang haram dan jahat. Hati kita ditahan dari merasakan perkara-perkara yang ditegah seperti marah, hasad dengki, buruk sangka, berdendam dan sebagainya. Nafsu kita dikekang dan ditahan supaya dia tidak jahat, tidak rakus dan tidak terlalu gilakan dunia.

Di samping puasa, ada banyak lagi amalan-amalan lain di bulan Ramadhan untuk membantu membersihkan lagi fitrah kita. Ada solat terawihnya, ada membaca atau tadarrus Qurannya, ada zakat fitrahnya dan berbagai-bagai lagi amalan sunat yang sangat digalakkan di bulan Ramadhan seperti beriktikaf dan memberi makan orang yang berbuka puasa. Di sini kita dapat lihat bahawa fokus eidil fitri ialah pada amalan puasanya di bulan Ramadhan dan bukan kepada hari rayanya yang disambut pada 1 Syawal. Yang dibesarkan ialah latihan rohaniah secara berpuasa yang dilakukan dan bukan hari berbukanya, iaitu hari rayanya.


Selamat Hari Raya !! Moga Happy Always Noh <3

Sunday, August 28, 2011

Nur Faqhirah Haqiah Mohd Fazil

Sabaq noh Fira :) semua tuh dugaan ja utk diri kita :D aku pon ada rasa aku mcm hang . aku hanya mampu membuat dua S *sedih and sabar hahaha ! lwk sikit jee . sambong blek topik td :p , bnyk2 lah berdoa kat Allah S.W.T nah =) hanya Allah yg mengetahui semua isi hati hamba-NYA <3 don't forget Allah nah , remember and zikir kat DIA bnyk2 . ingt DIA setiap masa . tu jalah ubat utk kita Fira . kwn nih sebagai pendengar , penasihat dan musuh . ingt Fira tak semua kwn boleh dijd kan kawan dunia akhirat . pilih lah yg terbaik utk diri hang , yg boleh phm isi hati hang noh :) bkn senang nak cari yg TERbaik dan bukan juga susah ^_^ husnulzond ja nah dngn depa . kita bknnya tau apa2 yg depa wat kat belakang kita T^T




kawan adlah teman :)







syangilah mereka noh :D sabaq ja ..





kita sebagai manusia haruslah tumbuh kan sifat penyabar tuh dlm diri kita . jngn lah jd org yg terburu2 , panas baran dan mcm2 lah * sebenaqnya tak laqat nak tulis hahah ! poyo ja aku nih . sambong ... walaupon aku nih xde lah pandai sngt dlm menasihat org dlm ilmu agama nih , but i'll try :D tapi tuh lah semua org pelupa , buat kesalahan . kalau tak buat kesalahan tuh bkn org namanya . haha ! sabaq nah . sabaq ja lah yg mampu aku kata kat hang . hanya itu ja yg menyelesaikan masalah . tak yah pikiaq panjang , sabaq and tenang . kan senang ? mudah bukan ? tak susah mana pon . chillex noh . biar lah dia nk lupakan kita kah nak apa kah , tuh masalah dia bkn kita . aslkan jngn kita lupakan dia nah :) moga kita dpt kawan yg dunia akhirat yg baik ye <3


CHAN RAKH KHUN , CHAN KIDTENG KHUN ,  JNGN CEBCAI NOH <3 <3 <3

Saturday, August 27, 2011

my beloved sisters ISS

haha ! meh sini nak cite sikit pasal kakak and adik aku kat sklh . haha ! CHAN KIDTENG , CHAN RAKH KHUN LAA !! fisrt batch ISS ..



Rahma Ghania Alhafiza




Nur Syaidatul Syafikah



Nur Faqhirah



Nurul Ain



kakak kakak f4 <3
kak fatin + kak elina + kak aliyah + kak nisa + kak syira
= BEANS <3




sngt syg sama kamu semua laa <3 tak sabaq nak raya sama sama nan hampa . takkan meriah kalau hampa xdak kat skolh . rindu kamuu . moga dpt jumpa raya ke5 nnt :D




PLAYING FIREWORKS T^T

sedih sikit jee . wagh ! sedih ngt aih tak dpt main bunga api same2 nan family at Kedah T^T time tuh aku dah blek dah TTTTT_TTTTTT




saje je noh hampa buat aku jelous :( sedih sedih sedih .. best lah dpt main bunga api nan Umi Ros <3



mercun gasing <3 dah lame x main . naknak !



pelik sikit ja kak elina nih <3 haha !



best jee aku tngk gmbaq nih T^T kak e'el !! naknak jgk ! <3



Umi Rosmidah <3



main cucuh cucuh api pulak depa nih . haha narak laa
Kak Nisa + Kak Elina <3



peace yoww -_-


  
kak fatin + kak syira + rahma + syafikah


yoww!

ali :P



fireworks :)



umi rosmidah <3



ali + umi 



syiok der



haha!




haha ! kena ada kami baru meriah kan kan kan ?
* bg perasan sat :DD


tak pa laa , nnt kita raya puas puas noh <3 KIDTENG HAMPA SEMUA LAA (: chan rakh khun sekali <3 hahaha ! moga raya taon nih bermakna buat semua noh SELAMAT ARI RAYA AIDILFITRI !



which one ?

sikit je nak luahkan kat sini ari nih . sbb nak cepat . heheh :)) sori lah kalau tak best ^_^

bismillahirohmanirrohim ,

Yang mana satu patot aku pilih ? pening gila pala aku pikiaq pasai benda nih . adoi T^T . pelik der pelik -_- bile jadi baik org mengata bak kata org KEDAH " BUAT KEMAIH BOLEH ANG NIH " , bile jadi jahat org kata "JADILAH BAIK TAK ELOK BUAT MCM NIH " . yg mana satu korang nak sebenarnya ? ceb cai sikit jee . korang nak aku buat ape supaye korang x benci aku , x kutuk aku ? korang nak ape ? cer ckp cikit kat aku . tuh lah korang , bile aku tanye ape masalah aku korang xnak ckp . pastu belakang kutuk sakan . pe masalah sebenarnye ? best sngt ke mengutuk org ? boleh bahagia ke dngn mengutuk ? xrase ke yg korang dpt dose bertimbun2 ? lwk lah korang nih . :DD sedih pon ader gak tngk korang nye pangai nih T^T  

Friday, August 26, 2011

hidup T^T

semakin lama kita hidup , semakin banyak masalah yang akan kita lalui. itulah lumrah kehidupan . sesiapa yang tiada masalah itu bukanlah manusia namanya .Kesenangan yang datang tak akan selamanya , Begitulah selepas susah ada kesenangan , Seperti selepas malam datangnya siang , Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan . Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman , Kelak menyesal nanti tak berkesudahan , Apa guna sesalan hanya menekan jiwa . Jangan difikir derita akan berpanjangan , Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan ,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan , Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali .
Ujian adalah tarbiyah dari Allah , Apakah kita kan sabar atau pun sebaliknya ,
Kesenangan yang datang selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dari Tuhan . 
"jika kita hendak orang berbuat baik dengan kita , kita hendaklah berbuat baik juga dengan sesama manusia".
satu undang-undang yang patut kita ambil perhatian dengan mendalam. sekarang aku akan menjadi seorang yang berhati-hati di dalam menuturkan sesuatu. kita kene ingat , bukan semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan. tetapi dalam masa yang sama kita haruslah menjadi seorang yang disenangi semua orang . bukan mudah , tetapi tidak susah. resepinya hanya berbuat baik dan ikhlas dalam berbuat sesuatu perkara .
 ingt lah =D



hanya Allah yg mengetahui segala-galanya <3

Thursday, August 25, 2011

i love , miss , need you *just bored

just bored





I love you more than all the stars in the sky.
I love you more as each moment passes us by.
I love you more with every breath I take.
I love you more with each promise we make.

I need you like a flower needs the rain.
I need you for you can wash away my pain.
I need you more each day
I need you for you are so wonderful, in every single way.

I miss you more than ever now.
I miss you because I really need you somehow.
I miss you and your touch.
I miss you for to me, you mean so much.

I want you to caress my lips the way you always do.
I want you to look into my eyes and see my love for you.
I want you to hold me close to your heart.
I want you to know that I love you, need you, miss you, and want you
And I have for every single moment, right from the start.

Saturday, August 6, 2011

REMEMBER

Allah always give and forgive.  human always get and  forget. Allahuakhbar!! we must always remember Allah.
love Allah =) never forget Allah <3


    sekarang kita berada dalam hari keenam di Madrasah Ramadhan.

Perlukah menagih sesuatu yang pastinya mendatangkan murkaNya?

Beribu kali rasanya berkumandang, hanya cinta Allah cinta yang abadi. Abadikanlah cinta itu ke dalam hati,  bersebab sebenarnya Allah memanggil kita sebagai hamba. Seseorang yang benar-benar mencintai sesuatu  sanggup menghambakan diri demi cinta. Begitulah kita, perlu ada rasa sayang yang mendalam terhadap DIA,  hingga sanggup menghambakan diri semata-mata keranaNya. 

Allah S.W.T


kejujuran itu kekasih Allah. keterusterangan itu sabun penawar hati. pengalaman itu bukti. dan  seorangpemandu jalan tak akan membohongi rombonganya. tak ada satu pekerjaan yg lebih melegakan hati  dan lebih agung pahalanya, selain daripada berzikir kepada Allah.

  

Ramadhan
Ku pohon maaf atas latihan yang tidak dipedulikan
Ku pohon ampun atas peluang yang disia-siakan

Hanya
Ku masih tercari-cari cinta yang sebenarnya abadi
Aku yang khilaf selama ini. ya Allah pimpin lah aku kejalanMu ya Allah!